KURSUS METODOLOGI PENERBITAN & TEKNIK PENULISAN
MEDIA CETAK DAN ELEKTRONIK
Penulisan, Penyuntingan, Penerbitan, Pengurusan, Percetakan dan Pemasaran
Pengenalan
Program profesionalisme yang bersistematik dan tersusun. Berkonsepkan modul latihan London Bookhouse dan Stanford Publishing Training beridentitikan nasional. Pakej kursus khas yang dianjurkan melalui pelbagai kolaborasi luar dalam mengujudkan bakal penulis muda dikalangan masyarakat. Termasuk individu, pendidik, pegawai sektor awam, bakal pesara, pensyarah IPTA & IPTS, penulis muda, penerbit dan semua pengiat industri.penerbitan negara. Peserta akan dibimbing oleh pakar industri secara intensif bagaimana menjadi penulis yang berkualiti. Kursus ini sesuai dihadiri kerana membantu dan membimbing peserta bagaimana menulis dan disiplin penulisan yang betul disamping mengaplikasi pelbagai teknologi dalam penulisan. Sebagai individu dan sarjana peluang dan ruang ini perlu dipenuhi dengan keperluan semasa dan masa depan yang cerah dalam penulisan khususnya dalam media cetak dan elektronik.
Rasional
Program nilai tambah sebagai penyumbang kepada Dasar Buku Negara dan pembangunan industri ilmu menjelang wawasan 2020.
Kedua-dua bidang media cetak dan elektronik ini, berpotensi untuk dibangunkan secara extremis. Negara memerlukan golongan penulis muda bagi mengerakkan industri ini. Matlamat menghasilkan 100 penulis baharu sebulan akan tercapai dengan kerjasama pelbagai pihak
Membangunkan ilmu dan sistem penyampaian maklumat berkesan melalui penulisan. Sektor awam merupakan modal insan bagi merialisasikan misi kerajaan berkesan melalui latihan yang bersistematik.
Kemajuan teknologi ICT global menjadikan kerjaya penerbitan lebih diminati masyarakat kini, samada melalui media cetak atau melalui internet.
Kurangnya penulis muda yang berilmu dan berkemahiran dalam penulisan. buku, novel, bahan ilmiah, buku popular, rencana, berita, majalah, dan sebagainya secara aktif dan konsistan.
Menjadi satu program sebagai penyokong ekonomi mereka dengan penulisan. Ia menjadi kerjaya ilmu yang mendatangkan sumber pendapatan, khususnya kesan kenaikan minyak global sekarang.
Objektif
- Memandu peserta dalam memahami penulisan media cetak dan elektronik yang betul dan tepat mengikut piawaian antarabangsa.
- Memberi pengetahuan dan kemahiran perancangan penulisan kandungan dan aspek teknikal penerbitan, khususnya berkaitan bahasa, nahu, tata bahasa, laras bahasa dan suntingan rekabentuk dan grafik.
- Mendedahkan peserta kursus kepada proses, teknik, pengurusan, pembaharuan teknologi dalam penulisan bahan media cetak.
- Membantu semua pihak dalam melahirkan lebih ramai penulis, editor, usahawan penerbitan yang berkualiti dan setaraf dengan piawaian antarabangsa.
- Meningkatkan profesionalime dan kesarjanaan peserta.
Pengisian Kursus
Era global pentingnya penerbitan dan media elektronik
Teknik dan etika penulisan maya
Memahami bentuk –bentuk penulisan dan penerbitan popular
Ciri-ciri penulis dan penulisan yang baik (buku, rencana, newsletter dll).
Memahami anatomi rekabentuk dan perekaan buku
Memahami teknologi penerbitan
Memahami proses editorial
Memahami ekonomi penerbitan.
Memahami pengurusan penerbitan
Etika dan undang-undang
Pra cetak dan percetakan
Program lawatan ke penerbit dan pencetak
Memahami pemasaran penerbitan..
Kumpulan sasaran
Terbuka kepada semua
Yuran
Tanpa penginapan RM 1400. penginapan (twin sharing) RM 1800 dan (single) RM2200. Kos termasuk penginapan , makan minum, bahan kursus dll.)
Tempoh Kursus
4 hari (Empat hari)
Fasilitator
Datuk Prof. Dr. Safiah Karim
(bahasa dan penulisan)
Prof Madya Dr Mus Chairil Samani
-UKM (rekabentuk dan perekaan)
Dr Jeniri Amir – UNIMAS
(teknik penulisan berkesan)
Pn Zainora Mohamed
( Cerdik – MABOPA)
En Roosfa Hashim- UKM
(etika dan undang-undang penerbitan)
Bilangan Peserta
Setiap kumpulan 35 orang
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
1 MAC 2009. DAFTAR SEGERA



