Banner
Banner
Banner

PENGENALAN

January 1st, 2008

KL BOOKHOUSE PUBLISHING (KLBP) merupakan pusat perundingan dan latihan penerbitan . KLBP merupakan organisasi perunding dan pusat latihan yang menawarkan perbagai kursus, seminar, bengkel dan latihan kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang penulisan dan penerbitan. Kami juga menggabungkan kepakaran dan komitmen daripada para pelatih dan profesional yang berpengalaman luas daripada sektor Kerajaan dan swasta.

KL BOOKHOUSE juga menyedia kursus in -house bagi Kementerian / Jabatan dan Badan-badan berkanun dalam pelbagai modul yang berkaitan dengan fokus kami.

OBJEKTIF

  • Memberi pendedahan dalam ilmu penulisan, penerbitan, percetakan dan pengurusan media kepada seluruh masyarakat Malaysia.

  • Melatih dan membina bakal penulis, editor, penerbit, pencetak dan pengedar dalam industri penerbitan.

  • Menjadikan industri buku sebagai pemangkin kepada aktiviti budaya membaca dalam masyarakat dan meningkatkan ekonomi negara.

VISI

Membentuk dan menjadikan pemangkin kepada budaya pembacaan yang tinggi dalam masyarakat melalui pembinaan insan, ilmu pengetahuan dan latihan kepada industri penerbitan.

MISI

Melahirkan modal insan berilmu dan berkemahiran dalam industri penerbitan berasaskan aplikasi teknologi sebagai pemangkin budaya masyarakat membaca.

KURSUS PENYELIDIKAN KEPADA BUKU DAN RENCANA ILMIAH

16 – 19 OGOS 2009, HOTEL QUALITY KUALA LUMPUR

(diatas permintaan kursus ini dibuka untuk pendaftaran kali kedua)

\

Program profesionalisme yang bersistematik dan tersusun. Kursus yang perlu dihadiri oleh semua yang terlibat dalam industri penerbitan buku akademik. Program intensif yang pertama kali dianjurkan akan membantu peserta dalam semua aspek flatplan perancangan, rekabentuk, grafik, fotografi serta teknologi grafik dan cetakan dalam penerbitan. Dapatan kursus menjadikan penerbitan buku akademik seperti buku ilmiah, buku teks sekolah dan rujukan yang berkualiti.

SIAPA PERLU HADIR?

Ketua Editor dan bakal ketua editor, sidang pengarang editor, Pensyarah IPTA / IPTS, ahli akademik, penulis, editor , pensyarah dan guru, penyelidik, penerbit dan semua yang berminat.

PENDAFTARAN TERBUKA KEPADA SEMUA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI, PENDIDIKAN, SEKTOR KERAJAAN DAN SWASTA SERTA YANG BERMINAT.

MUATURUN BORANG PENDAFTARAN KURSUS DISINI

SENARAI KURSUS AKAN DATANG SILA LIHAT DISINI

csklbook

Tags: , , , , , , , ,

Comments are closed.

Filled Under: Uncategorized
Improve the web with Nofollow Reciprocity.